Hikmah Haram Makan Babi
Sejarah Tragedi Penyakit Bawaan Khinzir
Pada tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia.
Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi.
(Sumber: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 )
(Sumber: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 )
Misteri Kisah Baitulmaqdis dan Haikal Sulaiman

Baitulmaqdis merupakan sebuah kota yang terletak di dalam wilayah Palestin dan diiktiraf sebagai kota ketiga paling suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Dalam kalangan masyarakat antarabangsa, kota ini lebih dikenali dengan nama Jerusalem yang bermaksud 'tempat yang aman untuk didiami'.
Catatan sejarah menunjukkan kota ini telah diduduki manusia selama sekitar 5,000 tahun sekaligus merupakan antara kota yang tertua di dunia dan masih dihuni sehingga sekarang. Kota ini merupakan tempat pertembungan antara tiga agama samawi iaitu Islam, Yahudi, dan Kristian bahkan setiap agama mempunyai kawasan masing-masing di sekitar kota lama yang mengelilingi sebuah tanah tinggi yang terkepung dengan tembok yang tinggi lagi kukuh.
Remaja &Cinta
Love Just The Way You Are, Muslimah
Damn, I miss it...The time when you looked so beautiful,
When, the cover you wear was long enough,
When, your words were carefully spoken,
When, your dress was so modest,
While in the real arena you were such a ferocious lioness, a real mujahidah,
I love that time, I love you just the way you are.
Nikah Awal vs Maksiat

Setiap saat, setiap waktu, setiap hari, setiap detik, para remaja di "bomb" dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk godaan yang boleh merangsang mereka agar tunduk kepada nafsu. Biasalah bila dah baligh, umur pun sudah meningkat, tanpa godaan pun keinginan tersebut akan timbul juga secara automatik. Apatah lagi sekiranya terdapat banyak godaan daripada suasana sekeliling. Maka secara logiknya, pasti keinginan seksual tu boleh teransang berlipat kali ganda malah, kadang kala ia turut berlaku pada belia yang baru menginjak ke usia remaja lagi.
Berita baru-baru ni mendedahkan kes remaja berumur 14 tahun secara senyap-senyap menjadikan hubungan seks sebagai hobi, dan ibu bapa remaja terbabit tidak tahu menahu langsung akan hal tersebut. Perkara ini mungkin mengejutkan masyarakat yang membacanya tetapi sebenarnya perkara sebegini sudah banyak terjadi dalam masyarakat kita. Ini kerana semuanya tidak mustahil apabila terdapat godaan dan rangsangan yang terlalu banyak di media massa dan elektronik. Maka inilah akibatnya apabila segala-galanya tidak dibendung dan segala perkara yang haram dihalalkan. Penyebab utama yang menyebabkan keruntuhan akhlak dan moral para remaja Islam.Tazkirah dan dakwah
Merungkai Maksud 'صوم '
Dalam satu risalah yang bertajuk Rahsia-Rahsia Puasa hasil penulisan Syeikh Soleh al-Jaafari ada merungkaikan maksud puasa dalam bahasa Arab yang membentuk perkataan Soum - صوم (Puasa). Syeikh Soleh al-Jaafari merupakan ulama' terkenal al-Azhar dan juga merupakan ulama' yang mempunyai salasilah keturunan sampai kepada Nabi Muhammad S.A.W.Huruf yang membentuk perkataan صوم ini dihuraikan oleh Syeikh Soleh al-Jaafari dengan cukup mendalam.
ص - Sabar
و - Wara'
م - Muhsin
و - Wara'
م - Muhsin
Sejauh Mana Usaha Kita Melindungi Aurat?
Apabila berbicara tentang aurat, selalunya kita memfokuskannya kepada kaum wanita. Adakah mereka sahaja yang wajib menjaga dan menutup aurat? Bagaimana pula dengan kaum lelaki? Sebenarnya, dalam hal-hal berkaitan aurat, kedua-duanya tidak terkecuali daripada kewajipan menjaga dan menutup aurat. Bagaimanapun, kaum wanita sering dipandang berat akan hal ini kerana pada wanita ada tarikan sehingga ia boleh menimbulkan fitnah.Walaupun isu aurat sering dibahaskan dan menjadi topik perbualan dalam kehidupan seharian, namun ia dipandang sepi oleh umat Islam sendiri.
Harta: Anugerah Atau Amanah?

Dalam kesibukan dunia masakini dan selok belok kehidupan yang kelihatan lebih tajam likunya, harta kekayaan dan wang ringgit menjadi keperluan dan keutamaan bagi rata-rata manusia. Bahkan sejak dahulu lagi, ini merupakan perkara yang maklum, bezanya hajat dan keperluan kepada wang ringgit sekarang adalah lebih tinggi lagi.
Kita memandang harta kekayaan sebagai satu kelebihan. Oleh sebab itu, sering kita lihat bahawa sesiapa yang mempunyai harta yang lebih, akan dianggap lebih tinggi darjatnya, paling kurang pun akan dipandang tinggi melalui sudut taraf kehidupan. Adakah benar, bahawa mereka yang mempunyai lebih wang dan harta ini, darjatnya lebih tinggi?
Nasihat
Cemburu Orang Bersolat
Sebagai Muslim yang baik akal fikirannya, cukup ilmu asas agama Fardhu Ainnya. Pastinya akan tahu bahawa rukun Islam yang kedua selepas mengakui tiada Tuhan selain Allah dan Muhamad adalah Rasullah ialah mendirikan solat.Sembahyang menyembah Yang Maha Esa. Malah ramai juga di antara kita yang tahu bahawa meninggalkan solat seolah-olah meruntuhkan agama.
Diriwayatkan daripada Hazrat 'Abdullah bin 'Umar r.A katanya Rasulullah S.A.W bersabda :
"Islam dibina atas lima (rukun). Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah S.W.T dan Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Malaikat Izrail! Please Bagi Peluang, I Nak Solat Dulu"

Selalu kita dengar melalui ustaz, ustazah, ceramah agama, televisyen dan kita baca melalui iluvislam.com sendiri bahawa solat itu tiang agama, juga merupakan amalan pertama yang akan dihisab di Akhirat, solat itu wajib dan banyak lagi tentang amalan yang satu ini..
Tetapi sekerap mana kita laksanakan amalan yang fardhu ini? Ada yang jawab, "Mestila aku solat 5 waktu.. Subuh, Zohor, Asar, Magrib, Isyak."
Ada juga yang jawab, "Eish, soalan ni budak tadika pun reti jawab. 5 kali lah. Tapi aku buat tiga kali je, kadang-kadang dua kali..ikut mood lah."


I ll
No comments:
Post a Comment